Home / Info media / Pendatang Asing Tampa Ijin- PATI

Pendatang Asing Tampa Ijin- PATI

Apa sich artinya PATI… Pendatang Asing Tampa Ijin..??? Lhoo memangnya mereka mereka ini jatuh dari langit..??? Atau mereka mereka ini datang ke Malaysia dengan cara berenang..???
Lalu,,,gimana pula nasip mereka mereka ini yang memiliki record PERMIT KERJA yang nggak di perpanjang tempoh oleh majikannya..???
MONITOR BRO..!!!
Foto Human Trafficking Watch.
Human Trafficking Watch
7 jam •
SHAH ALAM:Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) secara sah.Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, permohonan E-Kad yang berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi menggantikan dokumen perjalanan sah, akan dibuka bermula 15 Februari sehingga 30 Jun depan, di semua pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia.”Program ini terbuka hanya kepada Pati di Semenanjung Malaysia dan hanya kepada mereka yang mempunyai majikan tergolong dalam lima sektor ekonomi yang telah ditetapkan.”Dianggarkan antara 400,000 hingga 600,000 Pati akan mengambil peluang berdaftar dalam program ini, yang sekaligus diharap dapat atasi masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi sektor ekonomi berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Pejabat Imigresen Selangor di sini Selasa.Lima sektor ekonomi yang telah dikenalpasti memerlukan pekerja asing adalah sektor pembinaan, perladangan, perkhidmatan, perkilangan dan pertanian.Pada 17 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperoleh kebenaran dari Jabatan Peguam Negara untuk mengeluarkan kad sementara kepada Pati yang bermajikan.Mengulas lanjut, Mustafar berkata, Jabatan Imigresen tidak menggunakan perkhidmatan orang tengah atau agen dalam permohonan E-kadini.Beliau berkata majikan dan pekerja asing perlu hadir di mana-mana pejabat Imigresen bersama dokumen yang diperlukan dan kad berkenaan adalah percuma.”Antara syarat kelayakan Pati ke dalam program ini adalah Pati mesti mempunyai majikan, tidak mempunyai rekod jenayah, rakyat dari negara sumber yang dibenarkan, tiada kes lari dari majikan dan lulus pemeriksaan kesihatan.”Antara syarat bagi majikan pula, mereka mesti di bawah sektor dan sub sektor yang dibenarkan sahaja, tidak tersenarai dalam senarai digantung urusniaga atau senarai hitam KDN dan Imigresen,” katanya.Menurut Mustafar, E-Kad berkenaan hanya sah sehingga 15 Februari tahun hadapan dan dalam tempoh itu Pati serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan.Tambah beliau, selepas tarikh berkenaan tiada lagi tempoh lanjutan akan diberikan dan pihaknyaakan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pati dan majikan yang gagal berbuat demikian.”Jabatan Imigresen memandang serius isu kebanjiran pekerja asing di negara ini kerana ia melibatkan isu keselamatan, kesihatan malah kedaulatan negara,” katanya. –

PEMANTAU PERDAGANGAN MANUSIA

HUMAN TRAFFICKING WATCH – HTW

PATAR SIHOTANG SH MH

DEWI KHOLIFAH
POLISI MALAYSIA ..

About admin

Pemantau Perdagangan Manusia

Comments are closed.

Scroll To Top