Home / Perdagangan Manusia / siaran pers imigrasi Malaysia
siaran pers imigrasi Malaysia

siaran pers imigrasi Malaysia

IMIGRESEN KOMITED TANGANI MASALAH PATI

Jabatan imigresen Malaysia (JIM) menyahut seruan Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin untuk mengatasi isu berkaitan PATI dan warga asing.

JIM sentiasa komited dalam usaha membanteras masalah PATI dan usaha menyelesaikan masalah pekerja asing di Negara ini. Komitmen ini dizahirkan melalui operasi penguatkuasaan yang berterusan dan program-program penggajian semula serta pulang secara sukarela yang bertujuan untuk memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Sepanjang tempoh bermula 1 Januari 2018 sehingga 24 Mei 2018 JIM telah mengadakan sebanyak 6,019 Operasi Penguatkuasaan di seluruh Negara.

Seramai 74,002 orang telah berjaya diperiksa dan hasilnya seramai 17,869 PATI dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Selain itu 455 majikan turut ditahan sepanjang tempoh ini.Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, tangkapan tertinggi adalah warga Indonesia seramai 6,315 orang diikuti oleh warga Bangladesh seramai 3,403, Filipinaseramai 1,956, Myanmar seramai 1,748 dan bakinya adalah dari negara-negara lain.

Manakala bagi Program Rehiring, sehingga 24 Mei 2018 seramai 744,942 PATI dan seramai 83,919 majikan telah mendaftar dalam Program Rehiring ini.

Daripada jumlah ini seramai 482,535 merupakan PATI dari warganegara Bangladesh, 118,115 Indonesia, 43,860 Myanmar, 32,992 India dan selebihnya dari lain-lain Negara sumber.

Bagi program serah diri secara sukarela atau lebih dikenali dengan nama Program 3+1,dari 1 Januari 2018 sehingga 24 Mei 2018 seramai 92,280 orang PATI telah mendaftar
dan pulang ke Negara asal melalui program ini.

Daripada jumlah ini seramai 53,129 PATI melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan seramai 39,151 orang PATI melakukan kesalahan tiada pas atau permit yang sah.

JIM menegaskan akan mengambil segala langkah yang perlu dan tindakan tegas tanpa kompromi untuk menangani isu-isu berkaitan PATI dan warga asing.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan di pohon supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

#TAMAT#

DATO’ SERI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI

KETUA PENGARAH

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Dr. Mahathir bin Mohamad Dr Wan Azizah Wan Ismail Muhyiddin Yassin Dr Ali Hamsa Kementerian Dalam Negeri (KDN)

 

imigran malasyarr imigran malasyaBANNER 3 20604435_971832056290238_3029164472239936223_n 21728459_993468064126637_4021698091933857613_n

About admin

Pemantau Perdagangan Manusia

Comments are closed.

Scroll To Top