Home / Perdagangan Manusia / Operasi Penangkapan terhadap pati di malaysia sudah dimulai tanggal 1 januari 2020
Operasi Penangkapan terhadap pati di malaysia sudah dimulai tanggal 1 januari 2020

Operasi Penangkapan terhadap pati di malaysia sudah dimulai tanggal 1 januari 2020

SIARAN PERS IMIGRASI MALAYSIA tanggal 2 Januari 2020

Tentang Operasi Besar besaran Terhadap Pendatang Asing tampa Izin (PATI) yang dimulai Tanggal
1 JANUARI 2020

IMIGRESEN JALANKAN OPERASI PENGUATKUASAAN SERENTAK SELURUH MALAYSIA.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus komited dalam melancarkan Operasi Penguatkuasaan secara besar-besaran bagi memburu majikan dan PATI yang ingkar terhadap perundangan negara dan

tidak mengambil peluang untuk pulang ke negara asal melalui Program Back For Good (Program B4G).

Operasi penguatkuasaan ini akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dan ia merupakan sebahagian dari komitmen JIM dalam memenuhi KPI Kementerian Dalam Negeri mencapai sasaran tangkapan 70,000 PATI bagi tahun ini.

Program B4G telah tamat pada 31 Disember 2019 dengan jumlah 190,471 orang PATI mendaftar untuk pulang secara sukarela. Jabatan ini terus melaksanakan operasi penguatkuasaan bagi memburu saki baki PATI yang ingkar untuk menyerah diri dan pulang ke negara asal melalui program ini.

Sepanjang tempoh bermula 24 jam, 1 Januari 2020 JIM telah mengadakan sebanyak 124 Operasi Penguatkuasaan di seluruh negara. Seramai 1871 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 474 PATI dari pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen. Selain itu 4 orang majikan turut ditahan dalam tempoh ini.

Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan,
warga Indonesia telah mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 220 orang,

diikuti oleh warga China seramai 89 orang, Bangladesh seramai 78 orang, Myanmar seramai 42 orang, Filipina seramai 22 orang, dan bakinya adalah dari negara-negara lain.

Majikan yang dikesan menggaji PATI boleh diambil tindakan perundangan di bawah Akta Imigresen 1959/63 di mana majikan didakwa di bawah empat kesalahan utama iaitu di bawah Seksyen 55A untuk membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara, Seksyen 55B untuk menggaji PATI, Seksyen 55E untuk membenarkan PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1) (d) untuk kesalahan melindungi PATI. Selain itu, majikan juga boleh didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran 2007(Pindaan 2010)(ATIP SOM) jika terdapat elemen-elemen paksaan atau eksploitasi pekerja.

JIM telah memberikan tempoh yang secukupnya bagi PATI menyerah diri secara sukarela dan pulang melalui Program B4G. Namun kesempatan ini tidak diambil sepenuhnya oleh PATI dan sesetengah majikan yang masih berdegil. Oleh itu, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika dikesan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan ini. Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan dipohon supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

#TAMAT#

DATO’ INDERA KHAIRUL DZAIMEE BIN DAUD
KETUA PENGARAH
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

https://www.imi.gov.my/…/hubungi-kami/alamat-dan-lokasi.htm

 

Capture,,,,KETUA IMIGRASI

GAMBAR 1 PERINTAH OPERASI 2

About admin

Pemantau Perdagangan Manusia

Comments are closed.

Scroll To Top