Home / Info media / Surat Dari Sahabat Ku Abdul Aziz Ismail Dari Malaysia

Surat Dari Sahabat Ku Abdul Aziz Ismail Dari Malaysia

                              PEMBONGKARAN KEAJAIBAN BIROKRASI YANG TIDAK WAJAR

                           DALAM MENGINSTITUSIKAN RASUAH DAN ‘MAFIA’ SINDIKET

                           PEMERDAGANGAN ORANG DI MALAYSIA

“Wahai orang orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang orang yang menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah, kerana adil itu dekat kepada taqwa. Dan bertaqwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS Al-Maa’idah [5]:8)

1. Warkah ini ditulis sebagai satu bentuk kesedaran terhadap penderitaan dan penyeksaan terhadap manusia yang kurang bernasib baik dan lemah. Kami yang bersambung rasa atas penderitaan dan penyeksaan dengan sesama yang lemah, tertindas, dianiaya dan dihukum dengan kejam, tanpa ada yang berani membela, dan disini kami sekadar menyuarakan pembelaan.

2. Seperti diketahui Pemerdagangan Orang sebenarnya adalah krisis negara yang amat berbahaya, ianya adalah jenayah terancang dan terorganisasir. Jenayah ini telah mengancam keselamatan dan ekonomi negara. Malangnya pihak kerajaan dan ahli ahli politik memandang sepi, terutama Kementerian Dalam Negeri.

3. Ingin dimulakan dengan dasar negara yang menjemput pelabur asing dan tempatan yang diberi insentif seperti rebat/pelepasan cukai hingga 25 tahun kepada pelabur asing dan tempatan. Insentif tersebut sebagai galakkan dan juga bertujuan agar para pelabur mencipta dan mengadakan pekerjaan kepada warga tempatan dengan gaji layak hidup.

4. Malangnya pihak Kementerian Dalam Negeri (‘KDN’) secara sedar atau tidak telah menyalahguna kuasa dan terancang mengetuai sindiket pemerdagangan orang dengan membawa masuk pekerja asing dengan tidak wajar. Pekerja asing diperlakukan sebagai komiditi untuk dijadikan hamba. Kekejaman jenayah ini meningkatkan kadar pengganguran terhadap warga tempatan dan kehilangan putaran ekonomi puluhan bilion ringgit.

5. Pemerdagangan Orang melalui tenaga kerja sudah menjadi industri haram yang diinstitusikan oleh Kementerian Dalam Negeri.

6. KDN sebagai ‘leading agency’ telah mencipta berbagai birokrasi yang tidak wajar bagi menghalalkan jenayah rasuah dan industri haram pemerdagangan orang ini terus menyemarak, berkembang dengan subur.

7. Dasar, polisi dan prosedur yang dicipta KDN mempersulitkan kepada mereka-mereka/syarikat-syarikat/majikan-majikan yang benar benar memerlukan dan kekurangan pekerja dalam pengambilan pekerja asing. Akan tetapi membenarkan dengan mudah memberi kelulusan kepada syarikat syarikat yang tidak mempunyai infrastruktur perniagaan ‘Rent Seekers’ dan ‘Bogus Employers’ yang sebahagiannya tidak mempunyai pejabat operasi membawa masuk pekerja asing tanpa disediakan pekerjaan untuk dieksploitasi.

8. Akibat dari itu, selain dari terciptanya lambakkan pekerja asing dan penghambaan dan terciptanya juga rantaian sindiket Pemerdagangan Orang dari pelbagai sudut, bermula dari negara sumber hingga kepada penguna. KDN dalam melarikan diri dari tanggungjawab menyalahkan pekerja asing dengan mengunakan istilah PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) sebagai satu bentuk pencitraan dengan menyalahguna dan manfaatkan Akta Imigresen sepenuhnya sek. 5, 6, 8, 9, 15 dan 39 bagi menghalalkan jenayah pemerdagangan orang secara salah.

9. KDN dengan sokongan Imigresen, Polis dan Jabatan Peguam Negara (Timbalan Pendakwaraya) dalam prosedur siasatan dan pendakwaan yang dibuat secara terpisah dengan menyudutkan undang-undang Akta Buruh, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Anti Pemerdangan Orang & Penyeludan Migran dan juga gagal atau sengaja enggan integrasikan undang-undang mengikut Perlembagaan Negara dalam memberi keadilan kepada pekerja asing yang dianiaya.

10. Wal hal kedatangan pekerja asing di undang oleh KDN melalui surat undangan Visa Dengan Rujukan (‘VDR’) Jabatan Imigresen Malaysia. Pada 2007 hingga 2009 pengambilan pekerja asing dari Bangladesh secara tidak wajar dengan membenarkan ‘Rent Seekers/Bogus Employers’ membawa masuk pekerja Bangladesh dengan sogokan RM 1,500.00 setiap orang yang dibawa masuk.

11. Sebagai alat kawalan wang sogokan RM 1,500.00 tidak terlepas dan ditipu ‘Rent Seekers/Bogus Employers’. KDN telah mencipta birokrasi yang tidak wajar dengan melantik syarikat yang dicipta ‘Special Purpose Vehicle’ dan dikawalselia oleh warga Bangladesh bernama Salim No. Paspot sebagai Ketua Eksekutif ia itu BAIRA (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini sebagai penyalur Visa Dengan Rujukan (VDR) kepada Imigresen.

12. Imigresen wajib meluluskan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang dikemukan oleh BAIRA sahaja. BAIRA akan menentukan wang sogokan dibayar atau VDR tidak akan lulus dan pekerja syarikat-syarikat ‘Rent Seekers/Bogus Employers tidak dibenarkan masuk.

13. Selain itu BAIRA juga mengenakan fee perkhidmatan sebanyak RM 300.00 bagi setiap pekerja yang akan dibawa masuk sebelum VDR dikeluarkan. Selain itu BAIRA juga mengunakan orang-orang perantaraan sehingga wang perkhidmatan menjadi tidak menentu.

14. Oleh kerana tertekan dengan fee-fee yang tidak menentu ‘Rent Seekers/Bogus Employers membuat bantahan dan aduan ke KDN dan seterusnya KDN membatalkan perkhidmatan BAIRA.

15. Semasa pertukaran Kabinet 2008 Menteri Dalam Negeri diambil alih oleh Tan Sri Syed Abdul Hamid Albar mengantikkan Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad. Kesempatan ini telah diambil oleh Dato’ Wahid Md. Dom mengawal kelulusan VDR.

16. Tekanan yang diberikan Dato’ Wahid menyebabkan sindiket Pemerdagangan Orang marah kerana pembayaran untuk VDR telah dibayar kepada BAIRA, akan tetapi Dato’ Wahid mendesak agar wang perkhidmatan untuk VDR yang dikenakan oleh BAIRA dibayar terus kepada beliau. Ini menyebabkan Dato’ Wahid diperangkap dan didakwa kerana rasuah.

17. Pada ketika kesibukan Pegawai-Pegawai Tinggi KDN dan Jabatan Imigresen (Pembuat Dasar) mengendali pengambilan pekerja Bangladesh, pemain-pemain kecil ‘Penumpang Gelap’ Pemerdagangan Orang mengambil kesempatan membina rangkaian yang melibatkan pegawai-pegawai dipintu masuk, Unit Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Atase Imigresen Negara-Negara Sumber, Agen-Agen Tenaga Kerja Negara Sumber, Pegawai-Pegawai Imigresen pintu keluar Negara-Negara Sumber dan tidak terkecuali Pegawai Kesatuan Sekerja untuk membawa masuk warga asing dari Negara-Negara Sumber.

18. Untuk pengetahuan dari maklumat dan analisa yang dikumpul diyakini dianggarkan sekitar 10 juta pekerja asing berada di Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung MTUC dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Pekerja Migran Antarabangsa di Wisma MCA pada 21.12.2014. Dalam ucapan beliau menyatakan maklumat yang beliau terima dari Kementerian Sumber Manusia.

19. Seperti kenyataan Kementerian Dalam Negeri bahawasanya pekerja asing yang sah hanya 2.1 juta dan baki dari 10 juta adalah pekerja yang tidak sah. Ini menunjukkan KDN sebagai ‘Leading Agency’ gagal mengawal kemasukkan pekerja asing dan juga mengadakan ‘data base’ pekerja asing yang komprehensif, yang mana biometrik sistem yang digunakan semuanya gagal i.e. Karsoff dan NERS.

20. Kegagalan KDN ini menyebabkan keselamatan negara terdedah kepada berbagai ancaman. Sebagai contoh jenayah jenayah berat yang melibatkan warga asing seperti yang tersiar dalam kenyataan kenyataan akhbar oleh pihak Polis gagal dikesan atau di selesaikan.

21. Selain itu agensi agensi yang terbabit gagal berfungsi dan menanggani mengikut peruntukkan peruntukkan yang ada. Kakitangan atau pegawai pegawai agensi-agensi terbabit yang sebahagiannya adalah pembuat dasar telah mencipta berbagai birokrasi yang tidak wajar untuk mengiinstitusikan pemerdagangan orang dan rasuah.

22. Imigresen, Polis dan Peguam Negara yang diyakini secara sedar melindungi ‘Rogue Employers’ dan mengambil tindakan terhadap mangsa. Mangsa mangsa yang membuat aduan di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Buruh telah diancam dengan berbagai bentuk bertujuan menghalang mereka yang teraniaya dari meneruskan tuntutan mereka untuk mendapatkan keadilan. Pembuangan secara tidak wajar dan tidak sah dan juga tidak dibayar gaji. ‘Rogue Employers’ dibenarkan membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara secara sepihak dan ini membuat mangsa mangsa tercipta sebagai PATI dan hilang kelayakan untuk mendapat keadilan.

23. Pihak Imigresen, Polis dan Jabatan Peguam Negara (Timbalan Pendakwaraya) diyakini secara sedar dan berniat jahat mengambil jalan pintas menghukum mangsa-mangsa dibawah Akta Imigresen. Mangsa-mangsa yang mana perjanjian/kontrak kerja seperti lazimnya berlaku selama 3 tahun, tidak diguna pakai sebagai asas penilaian siasatan untuk mencari punca eksploitasi dan kesalahan jenayah pemerdagangan orang.

24. ‘Rent Seekers’ dan ‘Bogus Employers’ dengan sengaja membatalkan PLKS mangsa setelah setahun atau kurang untuk mendapatkan gantian pekerja asing atau juga tidak memperbahrui/memperpanjangkan PLKS mangsa dan seterusnya mendapat keizinan KDN membawa masuk mangsa mangsa baru sebagai gantian pekerja dan berterusan tanpa kesudahan.

25. Mangsa mangsa dipaksa membuat pengakuan bersalah atas apa apa pertuduhan di Mahkamah atau dikenakan hukuman yang lebih berat, mangsa juga gagal membela diri kerana kekurangan ilmu dan kewangan. (Lampiran)

26. Mangsa juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Perwakilan Kedutaan mereka, paling tidak Kedutaan wajib sekurangnya melakukan ‘Operational Service’ membela warganegara mereka. Situasi ini dimanfaatkan sepenuhnya dan terus dianiaya oleh agensi-agensi terbabit. Adalah tidak wajar manusia yang kurang bernasib baik dianiaya dan dihukum.

27. Seterusnya Rakyat pula yang menangggung kos sebanyak RM 75 seorang sehari warga warga asing (mangsa) yang dianiaya di kem kem tahanan seperti dinyatakan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri. (Lampiran)

28. Statistik dalam kenyataan YB Menteri Sumber Manusia pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah seramai 6.7 juta orang, 2.1 juta yang sah dan yang dianggap PATI 4.6 juta. Akan tetapi kenyataan yang beri oleh Setiausaha Agung MTUC agak berlainan.

DARI AKTIVIS ANTI PERDAGANGAN MANUSIA DI MALAYSIA ..ABDUL AZIZ ISMAIL……

About admin

Pemantau Perdagangan Manusia

Comments are closed.

Scroll To Top